
‘BOT KUDA BELANG’ HIASI SUNGAI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 21 Mac – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bersama Zoo Melaka berganding bahu memperkasakan sektor pelancongan negeri menerusi pelancaran bot Melaka River Cruise bermotifkan kuda belang.
Bahagian Jualan dan Pemasaran Zoo Melaka Ezuwan Mazelan berkata, inisiatif itu bertujuan menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke dua destinasi popular itu.
“Ini merupakan salah satu tarikan terbaharu oleh Zoo Melaka dan PPSPM bagi mempromosikan dua produk pelancongan ikonik Melaka ini.
“Istimewanya, pelancong dan pengunjung yang menaiki bot ini di Melaka River Cruise berpeluang menikmati tawaran diskaun 10 peratus untuk satu tiket masuk Zoo Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika pelancaran bot bertemakan zoo di Jeti Taman Rempah, di sini, pada Khamis.
Terdahulu, pelancaran bot berkenaan turut dihadiri Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI), Datuk Ahmad Azlan Ahmad Salleh dan wakil agensi serta lain-lain kenamaan.
Menurutnya, untuk mendapatkan diskaun Zoo Melaka, pengunjung hanya perlu bergambar bersama bot kuda belang berkenaan dan kemudian memuat naik gambar di media sosial serta menghantar bukti penyertaan melalui kod QR peraduan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KESELAMATAN PELANCONG PERLU DIUTAMAKAN – MOTAC MELAKA
BANDARAYA MELAKA 6 Mei - Semua syarikat bas dan van persiaran serta pengusaha pelancongan di negeri ini diingatkan supaya sentiasa...
WRUR AYER MOLEK: RAKYAT PUJI KETERBUKAAN KERAJAAN NEGERI SANTUNI ADUAN
AYER MOLEK 6 Mei - Program Hari Aduan Rakyat sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
MATTA FAIR MELAKA 2026 REKOD JUALAN LEBIH RM8 JUTA
BANDARAYA MELAKA 5 Mei - Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka berjaya mengutip jualan lebih RM8 juta pada...
WRUR AYER MOLEK: PESAKIT BUAH PINGGANG TERHARU MASIH ADA YANG SAYANG
AYER MOLEK 5 April - Nasib golongan kurang berkemampuan terus mendapat perhatian menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang...
MELAKA KAJI TUBUH PUSAT JAGAAN WARGA EMAS MENJELANG 2030
AYER MOLEK 5 Mei - Kerajaan Negeri sedang menjalankan kajian terperinci bagi menilai keperluan penubuhan Pusat Jagaan Warga Emas di...
KEREPEK PISANG NANGKA BAWA REZEKI TAK DISANGKA
ASAHAN 5 Mei - Daripada memasak untuk hidangan sendiri dan keluarga, seorang warga emas dari Felcra Desa Mesra Perdana tidak...
