
Mangsa banjir Johor meningkat
JOHOR BAHRU 22 Jun – Jumlah mangsa banjir di lima daerah di negeri ini meningkat kepada 941 orang merangkumi 227 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 915 orang daripada 222 keluarga pada malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan berkata pertambahan mangsa melibatkan daerah Muar, Pontian dan Batu Pahat.
“Sebanyak 18 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi setakat 8 pagi dengan Pontian kekal merekodkan mangsa paling ramai iaitu 399 orang daripada 100 keluarga, diikuti Muar dengan 227 mangsa merangkumi 72 keluarga,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.
Sementara itu, Pegawai Daerah Muar Datuk Mohd Haffiz Ahmad berkata daerah tersebut mengalami hujan lebat selama satu jam malam tadi berserta air pasang setinggi 1.7 meter hingga 2.2 meter, sekali gus menjadikan kawasan rendah berisiko untuk dinaiki air.
Pegawai Daerah Batu Pahat Zulkiflee Abas pula menjelaskan hujan renyai sehingga tiga jam selain air pasang di kawasan Peserai turut menyumbang kepada peningkatan mangsa banjir di situ.
“Pontian turut mengalami hujan lebat kira-kira tiga jam pada awal pagi tadi selain faktor air pasang,” kata Pegawai Daerah Pontian Zulkifly Mohd Tahir ketika dihubungi.
– BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
BOMBA BUKA 560 KEKOSONGAN JAWATAN
PAYA RUMPUT 29 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini dalam proses membuka perjawatan baharu bagi mengisi kira-kira...
JBPM SUSUN BALAI BOMBA IKUT TAHAP RISIKO KEBAKARAN
PAYA RUMPUT 29 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini merangka pembangunan balai bomba seluruh negara berdasarkan pendekatan...
SEMBILAN INDIVIDU TERMASUK PEMANDU CEDERA, BAS EKPRES TERBABAS DI NILAI
NILAI 27 Jun - Sembilan individu termasuk pemandu bas cedera dalam kejadian sebuah bas ekspres terbabas di Kilometer 275.4 Lebuhraya...
MAJORITI VETERAN ATM PILIH KEUSAHAWANAN SEBAGAI KERJAYA KEDUA
BANDA HILIR 26 Jun – Kira-kira 60 hingga 70 peratus veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya...
631 VETERAN ATM DITEMPATKAN DALAM SEKTOR BERPENDAPATAN TINGGI
BANDA HILIR 26 Jun – Seramai 631 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya ditempatkan dalam pelbagai sektor berpendapatan tinggi menerusi...
JELAJAH KETUA MENTERI: SELESAI ISU RAKYAT SECARA TERUS DI LAPANGAN
BEMBAN 25 Jun - Program Jelajah Ketua Menteri bermula 5 Julai depan mampu meningkatkan lagi tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan Kerajaan...

