
Remaja lemas ketika mandi di Air Terjun Sungai Sendat
KUALA LUMPUR, 28 Jun — Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditemukan lemas ketika mandi di Air Terjun Sungai Sendat, Hulu Selangor, hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Arif Azif, dilapor dihanyutkan arus sebelum tenggelam ke dasar air terjun itu dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, dalam satu kenyataan, memaklumkan mayat mangsa ditemukan pada kedalaman kira-kira 2.5 meter ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
Menurut pusat berkenaan, mangsa telah diberikan bantuan pernafasan kecemasan oleh ahli Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan sebaik dibawa ke darat, sebelum pegawai perubatan kemudiannya mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Ridzuan Khalid berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
MINDEF TINGKAT PERUNTUKAN WBL ATM KEPADA HAMPIR RM10 JUTA, SASAR 1,500 ANGGOTA
SUNGAI UDANG 15 Mei – Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperluaskan pelaksanaan Program Work-Based Learning (WBL) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahun ini...
ARKIB KOMUNITI ‘JAMBATAN’ PELIHARA WARISAN SEJARAH
BANDA HILIR 11 Mei - Pendekatan Kementerian Perpaduan yang tampil dengan inisiatif Arkib Komuniti dilihat mampu memperkukuh usaha pendokumentasian dan...
WARISAN SILANG BUDAYA MODEL PERPADUAN HIDUP
BANDA HILIR 10 Mei - Kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Perpaduan dan Kerajaan Negeri dalam menjayakan Sambutan Minggu...
SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN ZON SELATAN ANGKAT KEKUATAN 3 NEGERI
BANDA HILIR 10 Mei - Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) tahun ini tampil dengan kelainan apabila dilaksanakan mengikut zon dengan melibatkan...
WARTAWAN DAHULU TIDAK DIPANDANG, KINI SUDAH JADI KEBANGGAAN
PAYA RUMPUT 9 Mei - Kewujudan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) dilihat telah mengangkat profesion kewartawanan ke satu tahap lebih tinggi....
HAWANA 2026 BINCANG MODEL PERNIAGAAN BAHARU UNTUK SYARIKAT MEDIA
PAYA RUMPUT 9 Mei - Penganjuran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 yang akan diadakan di Pulau Pinang yang dijadual pada...

