Sorting by

×

Premis makanan boleh buka sampai 6 pagi

Masa Membaca:1 Minit, 59 Saat

KUALA LUMPUR 12 April – Kerajaan membenarkan pengoperasian semua premis makanan di negeri-negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat dan PKP Pemulihan dilanjutkan sehingga 6 pagi sepanjang Ramadan ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu bagi membolehkan orang ramai membeli keperluan makanan untuk bersahur.

“Pihak kerajaan dapat pelbagai permohonan daripada peniaga mengenai keperluan untuk membeli makanan bersahur terutama melibatkan orang bujang.

“Selepas ambil kira pandangan serta keperluan khususnya orang bujang dan lain-lain untuk dapatkan makanan bersahur, mesyuarat bersetuju semua restoran, warung, gerai, kedai makan atau ‘coffee house’ di dalam hotel, kedai makanan segera atau perkhidmatan penghantaran dibenarkan melanjutkan operasi mereka sehingga waktu sahur iaitu jam 6 pagi.

“Bagi premis makanan di dalam kompleks beli belah atau pasar raya, ia tertakluk kepada waktu operasi bangunan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, hari ini.

Jelasnya, sebelum ini operasi di restoran, kedai makan atau warung dihadkan sehingga jam 12 tengah malam.

“Jadi jika 12 malam kedai makan ditutup ia menimbulkan kesukaran kepada orang ramai yang memerlukan makanan untuk bersahur.

“Selepas ini kedai makan boleh diteruskan sehingga sahur jadi mereka yang ingin membeli makanan sahur boleh bungkus atau membeli di restoran yang dibuka.

“Bagaimanapun kebenaran ini hanya terpakai sepanjang Ramadan sahaja,” katanya.

Beliau berkata penganjuran majlis berbuka puasa seperti bufet Ramadan di hotel, restoran dan lain-lain premis juga dibenarkan dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Beliau berkataĀ pramusaji dikehendakiĀ menyendukkan makanan kepada pelangganĀ bagi hidangan secara bufet.

ā€œMengenai bilangan kehadiranĀ bagi bufet RamadanĀ di kawasan PKPB dan PKPP, kita benarkan dengan syarat ada penjarakan fizikal antaraĀ pengunjungĀ dan SOP kedudukanĀ meja perlulah dua meter (jarak antara satu meja ke meja lain).

ā€œBagi majlis berbuka kitaĀ menggalakkan hidanganĀ set ā€˜dome’, tapi kalau bufet mesti ada pramusaji untuk sendukkan makanan. Untuk majlis berbuka puasa di pejabat dan dewan, kapasiti 50 peratus daripada keluasan tempatĀ bagi kawasan PKPB manakala 100 peratus di kawasan PKPP mengikut SOP yang ditetapkan,ā€ katanya.

Sementara itu, beliauĀ mengumumkanĀ PKPBĀ di Selangor, Johor, Kelantan, Kuala Lumpur dan Pulau PinangĀ dilanjutkan bermula 15 sehingga 28 April, manakalaĀ PKPB di Sarawak pulaĀ dilanjutkanĀ dari 13 hingga 26 April ini.

MenurutnyaĀ PKPP di Perlis, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya, Labuan, Perak, Negeri Sembilan (kecuali di Seremban) dan Kedah (kecuali di Kuala Muda) pula dilanjutkanĀ mulaiĀ 15 hingga 28 April.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

837
Kongsi :
Previous post Ahmad Fuzi dilantik Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8
Next post Daging segar jadi rebutan menjelang 1 Ramadan