
Dua kenderaan dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Simpang Pulai-Cameron Highlands
IPOH, 2 Dis – Dua kenderaan dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Seksyen 27 hingga Seksyen 30, selepas Pos Raya di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 1.44 tengah hari tadi.
Beliau berkata difahamkan terdapat sebuah lori dan sebuah kereta tertimbus dan sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dikerahkan bagi kerja-kerja menyelamat.
“Setakat ini seorang pemandu lori memberi respons daripada runtuhan berkenaan dan pihak bomba sedang menjalankan kerja mengalihkan tanah runtuh dan menyelamat semua mangsa terlibat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata jumlah mangsa terlibat masih belum dapat dipastikan setakat ini dan kejadian itu juga menyebabkan laluan utama ke Cameron Highlands di kedua-dua arah ditutup kepada semua kenderaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LPM SELESAI BINA 10 RUMAH TRANSIT
AYER KEROH 23 Jun - Sebanyak 10 unit rumah transit telah siap dibina oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM) di seluruh...
RUMAH BAHARU HADIAH TERINDAH BUAT KHADIJAH
AYER KEROH 23 Jun - Selepas lebih tujuh dekad menumpang teduh di rumah pusaka yang semakin uzur dan tidak selama...
BULATAN PALING SIBUK DI MELAKA KINI LANCAR
KESIDANG 23 Jun – Keputusan berani memansuhkan penggunaan lampu isyarat di Bulatan Malim Jaya terbukti menjadi titik perubahan kepada penyelesaian...
59 MUALAF BAHARU DIREKODKAN DI MELAKA SETAKAT JUN
KESIDANG 22 Jun - Seramai 59 individu memeluk Islam di Melaka sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini, sekali gus...
SHANMUGAM CHIEF DE MISSION MELAKA KE SUKMA SELANGOR
AYER KEROH 22 Jun - Pelantikan sebagai 'Chief de Mission' Melaka ke Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 buat kali...
‘RAMAI KATA STPM SUSAH, ZHEN HONG SAHUT CABARAN JADI TERBAIK’
TELOK MAS 22 Jun - Tanggapan ramai bahawa sukar untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dianggap...
