
GRS namakan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah
KOTA KINABALU, 28 Sept. – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara menamakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang baharu.
Hajiji yang juga Ahli Dewan undangan negeri (ADUN) Sulaman mengesahkan perkara itu dan beliau akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Negeri pada 10.30 pagi esok.
“Saya ingin memaklumkan kami GRS, terdiri daripada PN (Perikatan Nasional), BN (Barisan Nasional) dan PBS (Parti Bersatu Sabah) telahpun bersetuju bersama untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.
“Kami telah bersetuju sebulat suara bahawa mereka telah menamakan saya sebagai Ketua Menteri Sabah,” katanya pada sidang media khas, di sini hari ini.
Hadir sama pada sidang media yang turut disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen ialah Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jahim serta barisan wakil rakyat daripada GRS.
Hajiji turut menzahirkan ikrar bahawa wakil rakyat GRS akan menunaikan janji serta menjalankan mandat yang diberikan oleh rakyat Sabah dengan sebaiknya.
“Saya berterima kasih kepada rakyat Sabah kerana memilih pemimpin daripada GRS,” tambah Hajiji yang Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah. – BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
ZIANA ZAIN BERSEMANGAT TERUS HARUMKAN NAMA MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain yang kini bergelar Datuk menyifatkan penerimaan anugerah Darjah Kebesaran...
UPNM BUKAN SEKADAR BINA KEMUDAHAN, BENTUK JATI DIRI MASYARAKAT ALAI
TELOK MAS 22 Ogos - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memberi tumpuan terhadap pembentukan jati diri, sahsiah dan nilai patriotisme...
RM1 JUTA UBAH WAJAH KAMPUNG ALAI
TELOK MAS 22 Ogos - Kampung Alai kini menerima pelbagai kemudahan yang bukan sahaja menceriakan persekitarannya, malah memberi manfaat langsung...
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
JAKIM DEKATI REMAJA, TANGANI ISU SOSIAL
PENGKALAN BATU 17 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneruskan Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) ke seluruh...
