
Tiada insiden buruk, luar biasa semasa proses mengundi setakat ini – Acryl Sani
KUALA LUMPUR, 19 Nov – Tiada insiden buruk atau luar biasa dilaporkan kepada pihak polis setakat ini ketika proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sedang berlangsung, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
“Setakat ini proses mengundi terkawal,” katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kertas, Batu Caves, di sini hari ini.
Hari ini adalah hari pengundian bagi PRU15.
Acryl Sani berkata polis hanya menerima rungutan orang ramai mengatakan tempoh menunggu untuk mengundi begitu lama, hingga ada yang mengambil masa lebih dua jam.
“Pengundi berpusu-pusu keluar mengundi, nampaknya mereka tidak begitu mengikuti masa cadangan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) bagi mengurangkan kesesakan,” katanya.
Setakat 12 tengah hari, menurut SPR kira-kira 42 peratus telah keluar mengundi.
Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang digunakan untuk PRU15 mengandungi 21,173,638 orang pemilih termasuk 20,853,681 pengundi biasa.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA BERPOTENSI MILIKI HOSPITAL PAKAR KARDIOLOGI, NEUROLOGI
AYER KEROH 24 November - Melaka berpotensi memiliki sebuah lagi hospital pakar berkapasiti 400 katil menerusi cadangan pembinaan Hospital Pakar...
BECA JADI IKON PELANCONGAN, TAPI DISIPLIN TETAP KEUTAMAAN – ABDUL RAZAK
DUYONG 24 November - Pengayuh beca di Melaka diminta supaya terus memainkan peranan dengan memperkasakan lagi peranan mereka sebagai duta...
BAN HONG MULAKAN MISI JELAJAH, FAHAMI REALITI FASILITI KESIHATAN MELAKA
SERI NEGERI 24 November - Memahami keperluan sebenar fasiliti kesihatan serta mengenal pasti ruang penambahbaikan menjadi fokus utama misi jelajah...
AYAM MENTAH MRSM: PENGUSAHA KANTIN CUAI WAJAR DISENARAIHITAM – RIDHWAN
SERI NEGERI 24 November - Tempoh kontrak yang hampir tamat bukan alasan untuk pengusaha kantin mengabaikan tanggungjawab menyediakan makanan berkualiti...
AKMAL SASAR 50 PERATUS ADUAN INTERNET SELESAI DALAM SETAHUN
MERLIMAU 24 November - Kerajaan Negeri menyasarkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 700 aduan berkaitan masalah liputan komunikasi dan internet di...
JANJI MANIFESTO 100 HARI JADI KEUTAMAAN RAIS
AYER KEROH 24 November - Semua agensi di bawah portfolio Agama, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kos Sara Hidup diminta segera...

