
Tiada insiden buruk, luar biasa semasa proses mengundi setakat ini – Acryl Sani
KUALA LUMPUR, 19 Nov – Tiada insiden buruk atau luar biasa dilaporkan kepada pihak polis setakat ini ketika proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sedang berlangsung, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
“Setakat ini proses mengundi terkawal,” katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kertas, Batu Caves, di sini hari ini.
Hari ini adalah hari pengundian bagi PRU15.
Acryl Sani berkata polis hanya menerima rungutan orang ramai mengatakan tempoh menunggu untuk mengundi begitu lama, hingga ada yang mengambil masa lebih dua jam.
“Pengundi berpusu-pusu keluar mengundi, nampaknya mereka tidak begitu mengikuti masa cadangan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) bagi mengurangkan kesesakan,” katanya.
Setakat 12 tengah hari, menurut SPR kira-kira 42 peratus telah keluar mengundi.
Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang digunakan untuk PRU15 mengandungi 21,173,638 orang pemilih termasuk 20,853,681 pengundi biasa.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SUK WANITA PERTAMA MELAKA, SALHAH TEKAD PERKASA GAGASAN ‘MESRA’
AYER KEROH 11 Ogos - Memperkukuh kerjasama antara jentera pentadbiran Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta memperkasa gagasan Melaka Sayang Rakyat...
MIBC HARGAI WARGA KERJA, PERKUKUH JARINGAN PERNIAGAAN
AYER KEROH 10 Ogos - Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC) komited memperkukuh jaringan kerjasama dan membuka lebih banyak peluang kepada...
KARNIVAL MINGGU SAINS NEGARA BAWA PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA ‘HANDS-ON’
DURIAN TUNGGAL 10 Ogos - Pendekatan pembelajaran secara langsung yang dilaksanakan pada Karnival Minggu Sains Negara 2026 Zon Selatan mampu...
TOK RAUF ZIARAH KELUARGA MENDIANG PELAKON, BALU MAHU TUNAI IMPIAN SUAMI
REMBIA 10 Ogos - Hasrat mendiang pelakon dan pelawak R. Ramasundran yang pernah membintangi sitkom Spanar Jaya untuk kembali menetap...
PENYERTAAN KARNIVAL MINGGU SAINS NEGARA MENINGKAT SETIAP TAHUN
DURIAN TUNGGAL 10 Ogos - Penganjuran Karnival Minggu Sains Negara semakin menjadi perhatian apabila jumlah penyertaan yang direkodkan pada setiap...
MIHF’26 BANTU 8 USAHAWAN MAIM ‘NAIK KELAS’
AYER KEROH 10 Ogos - Melaka International Halal Festival 2026 (MIHF'26) menjadi platform lapan usahawan asnaf bimbingan zakat Majlis Agama...

