
MPAG, PBT Korea Selatan berkongsi idea pembangunan
ALOR GAJAH 2 Jun – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) Korea Selatan, Dong-Gu Council, Daegu Metropolitan City berkongsi kepakaran tentang pembangunan yang boleh dibawa kedua-dua PBT itu.
Yang Dipertua (YDP) MPAG, TPr Saifuddin Abdul Karim berkata, lawatan ke Bangunan MPAG itu disertai seramai 19 delegasi dari Korea Selatan yang diketuai Timbalan Presiden Dong-Gu Council, Nho Nam Ok.
Katanya, menerusi lawatan tersebut, pelbagai perkongsian pengalaman telah diadakan di antara kedua-dua pihak.
“Lawatan ini lebih kepada perkongsian berkaitan pembangunan, pelaburan dan pelancongan antara MPAG bersama PBT di bandar ketiga terbesar di Korea Selatan yang merupakan antara negara termaju dan termoden di dunia.
“Kita juga mengambil segala perkongsian pihak delegasi untuk dilaksanakan di daerah Alor Gajah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, MPAG turut menerima jemputan daripada Dong-Gu Council untuk mengadakan lawatan balas ke negara tersebut.
“Meskipun pertemuan ringkas, namun bagi pihak MPAG ia merupakan pertemuan bermakna, bermanfaat dan penuh dengan ilmu,” jelasnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: KEPIMPINAN PAS IKRAR SOKONGAN PENUH BUAT CALON BN REMBIA
REMBIA 3 November - Hubungan baik yang terjalin sejak era Muafakat Nasional (MN) menjadi asas kepada sokongan kepimpinan PAS terhadap...
PRN MELAKA: BOLA SEPAK SATUKAN JENTERA BN-PAS DI REMBIA
REMBIA 3 November - Perlawanan persahabatan bola sepak antara jentera Barisan Nasional (BN) dan PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
STESEN PENYELIDIKAN MPOB PERKUKUH SEKTOR AGRIKOMODITI MELAKA
PANTAI KUNDOR 3 November - Usaha memperkukuh sektor agrikomoditi di Melaka terus dipergiat menerusi pembangunan Stesen Penyelidikan Lembaga Minyak Sawit...
TOK HAMEED SANTUNI PENGUNDI USIA HAMPIR 100 TAHUN DI SUNGAI SIPUT
AYER LIMAU 3 November - Kediaman Mohd Yusof Taib, 98, di Kampung Sungai Siput antara persinggahan calon Barisan Nasional bagi...
PRN MELAKA: USAHA BN DI REMBIA REDAKAN BANJIR, PENDUDUK SUNGAI PETAI LEGA
REMBIA 3 November - Pembinaan longkang baharu di Kampung Sungai Petai berjaya mengatasi masalah banjir berulang yang sekian lama membelenggu...
50 DEPOH LATEKS BAHARU DISASAR DIBINA MENJELANG 2027
PANTAI KUNDOR 3 November - Kerajaan menyasarkan pembinaan 50 depoh susu getah (lateks) baharu di seluruh negara menjelang tahun hadapan...
