
Akaun twitter rasmi SPRM alami masalah teknikal
KUALA LUMPUR, 27 Mei — Akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu @SPRMalaysia mengalami masalah teknikal dan bukannya dinyahaktifkan seperti yang didakwa.
SPRM dalam kenyataan hari ini menyatakan akaun Twitter SPRM mengalami masalah sejak semalam dan SPRM telah membuat laporan kepada pihak Twitter pada hari yang sama.
“Isu berkenaan kini dalam proses pemulihan dan penambahbaikan. Oleh yang demikian, dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan SPRM menutup akaun rasmi Twitter SPRM ini adalah tidak benar,” menurut kenyataan itu.
SPRM berterima kasih atas keprihatinan semua pihak namun berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi terutamanya melibatkan imej dan integriti SPRM.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
FASA PERALIHAN MONSUN BERMULA AHAD – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR, 25 Mac - Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula Ahad ini dan berterusan sehingga Mei, membawa kepada kejadian ribut...
CUACA PANAS DIJANGKA BERTERUSAN HINGGA JUN – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR, 25 Mac - Fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini dijangka berterusan hingga awal Monsun Barat...
15 KES BERKAITAN CUACA PANAS DILAPORKAN TAHUN INI, SATU KES KEMATIAN LIBATKAN KANAK-KANAK
PUTRAJAYA 23 Mac - Sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan setakat ini bagi 2026, termasuk tiga kes strok haba...
GERAI MERCUN TERBAKAR: POLIS TERIMA LIMA LAPORAN, MBSP TARIK BALIK PERMIT
GEORGE TOWN 23 Mac - Polis telah memulakan siasatan berhubung kejadian kebakaran sebuah gerai jualan mercun dan bunga api di...
15 KAWASAN DI SEMENANJUNG BERADA PADA STATUS CUACA PANAS TAHAP SATU DAN DUA – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR 23 Mac - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan status cuaca panas di Padang Terap, Kedah berada pada tahap...
SEORANG WANITA MAUT, DUA PEMANDU CEDERA DALAM KEMALANGAN DI MIRI
SIBU 22 Mac - Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat...


