Allahyarham Mohd Adib, selamat dikebumikan di Makam Pahlawan

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

 

BUKIT PALAH 21 September – Jenazah Mantan Ketua Menteri Melaka ke-5 Allahyarham Datuk Seri Mohd Adib Mohamad Adam selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim, di sini, kira-kira jam 9.20 malam.

Allahyarham Mohd Adib, 81, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada jam 8.20 pagi tadi.

Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Darul Ehsan, Taman TAR Ampang, Selangor untuk dimandi, dikafankan dan solat jenazah sebelum dibawa ke Melaka untuk dikebumikan.

photo_6150075645691015829_y

Imam Besar Masjid Al-Azim Datuk Mohammad Hashim Al-Hafiz memimpin solat jenazah Mantan Ketua Menteri Melaka Kelima Allahyarham Datuk Seri Mohd Adib Mohamad Adam. Foto Iqmal Haqim Rosman

Jenazah Allahyarham tiba di perkarangan masjid Al-Azim kira-kira jam 7.45 malam dan sekali lagi disolatkan selepas Isyak.

Solat jenazah dan bacaan talkin dipimpin Imam Besar Masjid Al-Azim Datuk Mohammad Hashim Al-Hafiz.

Hadir pada pengebumian, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum dan Ahli Dewan Negara Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Turut hadir, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan; Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman serta Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi, Datuk Rais Yasin.

Kedua-dua isteri dan anak-anak Allahyarham turut hadir mengiringi perjalanan terakhirnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4934
Kongsi :
Previous post Premis awam, sekolah berasrama dengan fasiliti lengkap sebagai pilihan utama PPS kuat kuasa 1 Oktober
Next post Jumlah kutipan, pembayar zakat Melaka meningkat – KM
Ubah saiz-+=