Barangan keperluan hari raya mencukupi – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

PENGKALAN BATU 20 April – Jangan panik, barangan keperluan bagi sambutan Aidilfitri mencukupi, ujar Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin.

Menurut beliau, tiada kekurangan bekalan barangan dilaporkan berlaku di Melaka dan ia berada dalam keadaan terkawal.

“Kita tidak mahu ada yang membuat pembelian yang tidak sepatutnya kerana panik. Kami akan pastikan semua mencukupi termasuklah ayam, minyak peket serta telur.

“Selain itu, kawalan harga juga turut dibuat ini bagi memastikan harga jualan terutama dibawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa dipatuhi oleh peniaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bachang, hari ini, yang turut disertai Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka Norena Jaafar, pagi ini.

Norena berkata, hasil daripada pemeriksaan di lapangan yang dijalankan KPDN juga mendapati kebanyakkan peniaga mempamerkan dan meletakkan tanda harga bewarna merah jambu pada barangan dibawah SHMMP.

“Kita terlebih dahulu melakukan advokasi keatas peniaga agar menggunakan tanda harga bewarna merah jambu ini tetapi apabila rondaan kedua dijalankan mendapati masih tidak berbuat demikian kompaun terus diberikan.

“Susulan itu kita berjaya menghasilkan empat kes membabitkan tidak mempamerkan tanda harga bagi SHMMP yang setiap satu kompaun berjumlah RM100, peniaga-peniaga ini memberi alasan lupa dan bagi saya ia tidak sepatutnya berlaku selepas advokasi diadakan,” katanya.

Ujarnya, seramai 12 orang penguatkuasa KPDN akan digerakkan ke lapangan pada hari raya pertama dan kedua bagi memantau bekalan dan harga barangan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

993
Kongsi :
Previous post Aidilfitri: Lebuh SPA, AMJ dan Jalan Ayer Keroh lokasi panas kemalangan
Next post ‘Cucu asyik tanya bila atuk nak balik..’
Ubah saiz-+=