Buku saringan kesihatan, tanggungjawab pemilik premis – Abdul Ghafaar

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 10 Nov. – Pemilik premis perniagaan akan didakwa, jika gagal memastikan keselamatan data peribadi pelanggan yang direkodkan dalam buku saringan kesihatan.

Pengerusi Jawatankuasa Khas COVID-19 (JKC-19) negeri, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan berkata, langkah itu dibuat agar butiran peribadi pelanggan tidak  disalahgunakan individu lain, susulan terdapat kes kehilangan buku itu yang dilarikan individu yang menyamar sebagai kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, baru-baru ini.

“Jika ada individu atau pemilik premis yang menyalahgunakan butiran pelanggan, kita tidak akan lepas tangan untuk ambil tindakan, kerana setiap premis perniagaan perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan data peribadi pelanggan (menerusi buku saringan itu).

PENGERUSI Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan

“Dalam masa sama, pemilik premis perlu menyediakan ketiga-ketiga perkara ini , iaitu termometer, buku saringan kesihatan dan imbasan kod QR.

Katanya, pemilik premis serta orang ramai perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi membantu memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

“Saya mohon supaya orang ramai meletakkan butiran peribadi yang diwajibkan sahaja termasuk nombor telefon bagi memudahkan Jabatan Kesihatan mengesan kontak rapat COVID-19 jika terdapat kes.

“Justeru, penggunaan buku log kehadiran dan aplikasi MySejahtera sangat digalakkan untuk mengekang penularan wabak ini,” katanya lagi.

Views:

375
Kongsi :
Previous post Bunuh anjing: Pengimpal dijel 12 bulan
Next post Rupanya bau tahi ayam…
Ubah saiz-+=