Cahaya warna-warni meriahkan rumah terbuka Aidilfitri DUN Merlimau

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

MERLIMAU 13 Mei – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Dataran Orang Kampung, di sini, semalam mendapat sambutan amat luar biasa apabila dihadiri kira-kira 20,000 tetamu.

Selain meraikan kemeriahan Syawal, tetamu turut mengambil kesempatan bergambar sekitar tapak rumah terbuka itu yang dihiasi dengan lampu warna-warni, sekali gus membangkitkan suasana ceria.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, kehadiran tetamu bukan sahaja dalam kalangan warga Merlimau ada yang datang dari luar DUN itu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir, difahamkan meskipun sudah jam 10 malam tapak majlis ini masih penuh dengan tetamu yang datang beraya.

“Tetamu boleh menjamah makanan disediakan di 36 gerai, antara makanan untuk mereka adala nasi tomato, kambing golek, nasi minyak dan sate,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri itu diserikan lagi dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari dan Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin serta Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Kalsom Noordin.

Beliau yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, berkata beliau tidak menyangka akan menerima kehadiran pengunjung yang begitu ramai.

“Difahamkan diperingkat DUN ini yang teramai dan Insya-Allah tahun depan kita buat yang lebih baik lagi

“Saya tidak sangka hampir 20,000 yang datang, bukan sahaja penduduk Merlimau tetapi juga dari luar Melaka datang bersama-sama meraikan sambutan,” katanya.

Terdahulu, sempena sambutan Hari Ibu pada 14 Mei, Akmal turut memberikan kuntuman bunga kepada kaum ibu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

984
Kongsi :
Previous post Jual ‘cheese tart’ guna TikTok
Next post Gulai batang pisang saingan asam pedas
Ubah saiz-+=