
Dira ambil perhatian mutu, prestasi sekolah
JASIN 11 Jan – “Semuanya nampak teratur dan pelajar juga gembira untuk kembali ke sekolah. Saya juga mengambil perhatian segala aduan yang dikemukakan untuk penambahbaikan mutu dan prestasi sekolah”.
Itu respon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Iskandar Shah bagi melihat proses persekolahan bagi tahun 2022, semalam.
Pada lawatan itu Khaidhirah dimaklumkan hanya pelajar tingkatan 5 dan 6 sahaja yang bersekolah penuh secara fizikal, manakala pelajar tingkatan 1 hingga 4 secara sistem giliran.
“Seramai 977 pelajar yang bersekolah di SMK Iskandar Shah bersama tenaga pengajar berjumlah 91 orang yang diketuai oleh pengetuanya Puan Khairuniza Abu.
“Syabas saya ucapkan kepada SMK Iskandar Shah yang mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KKM),” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KEJAYAAN ATAU KELEMAHAN BENTUK PERSEPSI RAKYAT – KM
SERI NEGERI 30 Mac - Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka kini memasuki fasa pelaksanaan, yang menuntut hasil nyata daripada setiap perancangan...
AGENSI, ANAK SYARIKAT MELAKA DISERU PERBANYAK INISIATIF CSR
SERI NEGERI 30 Mac – Kesemua agensi kerajaan, anak syarikat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini dituntut untuk...
DERITA ADIK UWAIS DAPAT PERHATIAN MAIM, YB DUYONG
DUYONG 30 Mac - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mungkin itulah perumpaan paling tepat menggambarkan derita yang ditanggung...
MOT CADANG PINDA AKTA 333 WAJIBKAN PESALAH DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL BAYAR GANTI RUGI
PUTRAJAYA, 30 Mac - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta...
RIBUT PETIR, HUJAN LEBAT DIRAMAL DI SEMBILAN NEGERI HINGGA 5 PETANG INI
KUALA LUMPUR, 30 Mac - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan sembilan...
SUSPEK AKTIF PECAH RUMAH DIBERKAS DI PAGI RAYA
AYER KEROH 30 Mac – Tindakan licik seorang lelaki tempatan yang aktif melakukan jenayah pecah rumah sejak awal tahun ini...

