Dua kapal berlanggar di Perairan Tanjung Kling

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 3 Okt. – Dua buah kapal iaitu kapal pengangkut dan tangki mengalami kerosakan selepas dilaporkan berlanggar di 2.4 batu nautika arah daya dari Terminal Tanjung Bruas, Perairan Tanjung Kling, di sini, semalam.

Kejadian kira- kira jam 11.38 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan kecederaan anak kapal.

Menurut kenyataan media Jabatan Laut Malaysia (JLM) kejadian dikatakan berlaku ketika kapal pengangkut pasir MV Oceanline dalam pelayaran dari kawasan tambakan Kota Laksamana.

“Semasa kejadian kapal pengangkut pasir dalam perjalanan ke lokasi pengambilan pasir luar Had Pelabuhan Melaka telah melanggar bahagian tengah sebelah kiri kapal tangki yang sedang berlabuh sauh dalam Had Pelabuhan Melaka.

“Akibat perlanggaran itu, kedua-dua kapal terbabit mengalami kerosakan,” katanya.
Mengulas lanjut, bagaimanapun tiada sebarang ancaman atau tumpahan minyak berlaku daripada insiden itu.

“Tiada kerosakan yang boleh menyebabkan kedua-dua kapal itu tenggelam ataupun memberi ancaman sebarang pencemaran alam sekitar seperti tumpahan minyak dan sebagainya.

“Malah tidak juga melibatkan sebarang kematian mahupun kecederaan pada anak kapal terbabit ataupun pihak ketiga,” katanya.

Ujarnya lagi, JLM melalui JLM Wilayah Tengah telah menubuhkan satu pasukàn penyiasatan bagi memperincikan kejadian selain sentiasa memantau situasi tersebut bagi mengekalkan keselamatan pelayaran kapal- kapal serta penjagaan alam sekitar marin dari tercemar.

Views:

467
Kongsi :
Previous post Aksi MU, Kedah ditunda lagi, venue ditukar ke Stadium Cheras
Next post Melaka dalam proses wujudkan zon penampan untuk nelayan
Ubah saiz-+=