
Duyong mencari sukarelawan
DUYONG 17 November – Orang ramai yang berminat menyertai aktiviti kesukarelawanan dipelawa menyertai ‘Duyong Volunteers’.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, inisiatif itu terbuka kepada semua tanpa mengira latar belakang atau tempat tinggal.
Menurutnya, Duyong Volunteers diilhamkan bertujuan menyemarak semangat kesukarelawanan, selain memupuk kebersamaan dan mengetepikan perbezaan pendapat.
“Saya ingin cuba sesuatu yang baru.Saya ingin mempelawa semua untuk bersama saya berkarya dalam aktiviti kesukarelawanan.
“Tanpa mengira apa pun latar belakang yang ada, tidak kira mana dari mana asalnya dan yang penting kita boleh mengetepikan perbezaan pendapat yang bersarang di dada.
“Kita bersama berkongsi idea, bergerak seperti satu keluarga dan menikmati kejayaan sebagai anak Malaysia. Jom bersama saya dalam Duyong Volunteers,” katanya pada satu hantaran di laman Facebook rasminya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ‘AH SEM’ CALON NOMBOR 1 DUN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 31 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem atau lebih dikenali...
PRN MELAKA: BILIK GERAKAN SPRM BEROPERASI 24 JAM
AYER KEROH 31 Oktober - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka bilik gerakan beroperasi 24 jam sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya...
PRN MELAKA: 65 CALON LELAKI, 14 WANITA BERTANDING DI 28 KERUSI DUN
AYER KEROH 31 Oktober - Persaingan merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: JASMINE MAHU ANAK MUDA KEMBALI BERKARYA DI BANDAR HILIR
AYER KEROH 31 Oktober - Meskipun diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N22 Bandar...
TOK AJAK YAKIN TELOK MAS ‘KEKAL BIRU’
TELOK MAS 31 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman yakin...
PRN MELAKA JADI PENTAS FORMULA POLITIK BAHARU UMNO-PAS MENUJU PRU – MOHAMED KHALED
SUNGAI UDANG 31 Oktober - Kerjasama UMNO dan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 berpotensi menjadi formula politik...
