E-Hailing: Airasia ride bermula di Lembah Klang

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KUALA LUMPUR 24 Ogos – AirAsia Bhd menerusi Super App miliknya melancarkan perkhidmatan e-hailing terbaharu dikenali airasia ride, yang menawarkan lebih banyak kemudahan dan nilai kepada penumpang di samping peluang pendapatan lebih baik kepada pemandu, memetik laporan portal Berita Harian sebentar tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata perkhidmatan yang bermula hari ini di Lembah Klang akan diperluaskan ke bandar utama lain tidak lama lagi.

“AirAsia sentiasa menawarkan kemudahan, fleksibiliti dan nilai terbaik, justeru airasia ride menawarkan penyelesaian perkhidmatan e-hailing yang berbeza dan menarik melalui platform sehenti airasia Super App untuk pengalaman tempahan menyeluruh dari udara ke jalan raya.

“Dengan memanfaatkan aset data yang telah kami bina sejak 20 tahun lalu, airasia ride adalah peneraju baharu dalam industri e-hailing dan perjalanan.

“airasia ride bukan sahaja membawa anda dari lokasi A ke B, tetapi turut menyediakan pengalaman pengguna menyeluruh untuk penumpang sebelum, semasa dan selepas penerbangan,” katanya pada majlis pelancaran maya airasia ride, hari ini.

Hadir sama, Presiden airasia Digital, Aireen Omar; Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App, Amanda Woo; Ketua Penguatkuasaan Keselamatan Kumpulan AirAsia yang juga Ketua airasia ride, Kapten Ling Liong Tien; dan Ketua Pegawai Eksekutif airasia ride Malaysia, Lim Chiew Shan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

542
Kongsi :
Previous post 232 pelajar terima biasiswa Skim Pembiayaan Hafiz 2021
Next post COVID-19: Kes baharu meningkat kepada 20,837 – KP Kesihatan
Ubah saiz-+=