Fasa pertama banci 2020 di Melaka masih rendah

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 15 Okt. – Fasa pertama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 secara dalam talian (e-Census) bermula 7 Julai lalu dilihat kurang mendapat perhatian rakyat Melaka.

Menerusi maklumat Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Melaka, sehingga semalam (14 Oktober) seramai 94,326 orang (9.79 peratus) telah menjawab e-Cencus dan bilangan kediaman yang memberi respons adalah 29,605 (9.43 peratus).

Pengarah Jabatan Penerangan Melaka Mohd Rizal Hashim, berkata, atas usaha itu pihaknya melaksanakan hebahan mengenai penjadualan baharu bancian itu.

“Menerusi pasukan ‘Info On Wheels’, kita memaklumkan orang ramai mengenai pemanjangan tempoh pembancian dalam talian atau e-cencus sehingga 21 Disember 2020.

“Orang ramai perlu ambil peluang ini bagi melaksanakan bancian dalam talian sekali gus mengurangkan aktiviti bersemuka yang boleh meningkatkan risiko jangkitan COVID-19,” katanya kepada MHI.

Katanya, pelaksanaan banci penduduk dan perumahan penting bagi mengenalpasti saiz, taburan, komposisi dan ciri sosio-ekonomi penduduk serta perumahan di Malaysia.

“Orang ramai di Melaka juga diingatkan boleh memohon kod jemputan e-Cencus melalui emel [email protected] atau di laman rasmi facebook Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Melaka.

“Maklumat diperoleh digunakan bagi merancang, menggubal dan melaksanakan polisi kerajaan untuk tujuan pembangunan negara dan kepentingan rakyat pada masa hadapan,” katanya lagi.

Views:

714
Kongsi :
Previous post Tumpahan minyak: Melaka buka kertas siasatan
Next post Tiada kompromi – KM
Ubah saiz-+=