
Fenomena air pasang besar diramal berlaku sehingga Khamis
KUALA LUMPUR, 9 Okt – Air pasang besar dijangka berlaku di beberapa kawasan bermula semalam hingga Khamis ini, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Nadma menerusi perkongsian di laman Facebook memaklumkan Pusat Hidrografi Nasional meramalkan kawasan terlibat adalah Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak; Pelabuhan Klang, Selangor serta Batu Pahat dan Pontian di Johor.
Menurut Nadma fenomena itu berpunca daripada pengaruh daya tarikan graviti ketika kedudukan bulan dan matahari sejajar, seterusnya berkemungkinan menyebabkan limpahan air di daratan serta banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai.
“Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran lebih peka dan berwaspada semasa fenomena ini berlaku,” menurut perkongsian itu.
Maklumat lanjut dan jadual pasang surut edisi 2022 boleh didapati di laman web https://hydro.gov/ramalanpasangsurut.my. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
2 MOTOSIKAL ANTARA 140 HADIAH MENARIK MENANTI PENGUNJUNG DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 24 April - Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 di Dataran Tanjung Bidara menawarkan 140 hadiah cabutan...
MAIM TEROKA KERJASAMA BANGUNKAN MODEL PERLADANGAN KOREA SELATAN
SERKAM 24 April - Majlis Agama Islam Melaka terus mengorak langkah proaktif apabila meneroka potensi kerjasama strategik dalam sektor pertanian...
MELAKA TERJEMAH ASET KEPADA IMPAK EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT – KM
BANDARAYA MELAKA 24 April - Melaka komited menterjemahkan aset negeri kepada impak ekonomi sebenar yang memberi manfaat langsung kepada rakyat....
PERKASA WANITA MELAKA, BERI SOKONGAN KEPADA IBU TUNGGAL
SERI NEGERI 24 April - Pemerkasaan golongan wanita di negeri ini perlu diberi perhatian oleh dengan menyediakan pelbagai platform seperti...
MALAYSIA BERALIH KE ‘BANDAR BIJAKSANA’, FOKUS KESEIMBANGAN DAN KELESTARIAN
BANDARAYA MELAKA 24 April – Malaysia kini beralih daripada konsep 'bandar pintar' kepada 'bandar bijaksana' dalam usaha memastikan pembangunan bandar...
PERLUAS AKSES KESIHATAN LUAR BANDAR, PERKASA PENCEGAHAN PENYAKIT
SERI NEGERI 24 April - Sistem kesihatan di negeri ini perlu dipertingkat secara berterusan termasuk memperluas akses kesiahatan di kawasan...


