Gerakan akan pecat ahli cuba sabotaj calon PN

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

MELAKA RAYA 19 Okt.- Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan memecat serta merta ahlinya yang cuba sabotaj calon Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Presidennya Datuk Dominic Lau Hoe Chai berkata, hal itu bagi menunjukkan kesetiaan parti terhadap PN.

“Jika terdapat mana-mana ahli Gerakan yang cuba sabotaj calon PN selepas penamaan calon kelak, kita akan lucutkan keahlian serta merta.

“Kita juga akan ‘all out’ membantu PN dalam berkempen untuk PRN Melaka di mana kawasan calon bertanding di situ Gerakan akan turun berkempen.

“Jika ikutkan tarikh Persidangan Perwakilan Nasional (NDC) parti adalah tarikh yang sama membuang undi PRN Melaka pada 20 November, jadi menerusi perbincangan parti sebulat suara akan menganjak tarik NDC itu seminggu awal.

“Pada 13 November, perwakilan dari seluruh negeri akan turut, lokasi sepatutnya diadakan di Pulau Pinang turut di ubah ke Melaka di mana selepas mesyuarat tersebut, wakil-wakil parti akan turun membantu untuk berkempen dan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan mesyuarat terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat Kerja (CWC) di Melaka Raya hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, Gerakan yang merupakan parti komponen PN yakin gabungan itu boleh bergerak sendiri untuk menghadapi PRN sekiranya ia terpaksa dilaksanakan.

“Kita telah pun membuat keputusan sebelum in samada Pilihan Raya Umum (PRU) atau PRN, kita akan bawa bendera PN yang mana ini adalah keputusan oleh pucuk pimpinan PN.

“Jadi, apa jua keputusan pucuk pimpinan kita akan akur dengan segala peranan yang perlu parti mainkan pada PRU dan PRN Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

591
Kongsi :
Previous post Pembinaan masjid RM30j di Pulau Besar dijangka tahun depan
Next post Rahimin, Sharul Lalli antara penerima Anugerah Tokoh Khas Maulidur Rasul
Ubah saiz-+=