Hujan berterusan, MBMB pantau 39 lokasi banjir kilat

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat
KAKITANGAN MBMB melakukan kerja-kerja menebang pokok tumbang yang menimpa rumah penduduk.

AYER KEROH 21 Jun – Hujan lebat berterusan mengakibatkan 39 lokasi dalam pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dinaiki air hingga menyebabkan banjir kilat semalam.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, bencana itu berpunca daripada limpahan air daripada parit serta longkang yang tidak dapat menampung kapasiti air hujan yang berterusan.

“Kita sarankan kepada semua warga bandaraya untuk bersama membantu menjadi penduduk prihatin dalam memastikan kawasan sekitar yang didiami dalam keadaan bersih.

“Selain menjaga sistem perparitan supaya tidak tersumbat dengan sampah sarap, kerja-kerja naik taraf rumah tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) serta melaporkan jika berlakunya vandalisme,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

LONGKANG serta sistem saliran yang tidak teratur mengakibatkan banjir kilat.

Ujarnya, MBMB juga dalam jangka masa panjang akan memanfaatkan kedua-dua belah pihak dalam memastikan Bandaraya Melaka yang terjaga dan terpelihara.

“Kesemua lokasi yang ditimpa bencana semalam dalam kawasan pentadbiran MBMB telah diambil tindakan dengan segera bagi memastikan keselamatan dan keselesaan warga bandaraya,” katanya.

Semalam, MBMB juga telah menyelesaikan 14 aduan pokok tumbang dari penduduk setempat berikutan hujan lebat yang berterusan di negeri ini.

Views:

294
Kongsi :
Previous post Banjir kilat di Muar: Lima PPS dibuka
Next post Sultan Johor terima mengadap Ketua Menteri Melaka
Ubah saiz-+=