Jualan Agro Madani seluruh Melaka tawar beras 10kg RM26

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

AYER KEROH 19 September – Sebanyak 28 program Jualan Agro Madani akan diadakan di seluruh Negeri Melaka bagi membantu rakyat mendapatkan bekalan makanan asas dengan harga murah.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, program jualan tersebut akan diadakan di 23 lokasi bermula esok (20 September) hingga 31 Oktober depan membabitkan kesemua tiga daerah.

Jelas beliau, antara tumpuan utama Jualan Agro Madani anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu ialah jualan beras putih tempatan 10 kilogram (kg) pada harga RM26.

“Pada program bermula 8 pagi hingga 1 tengah hari ini, rakyat seluruh Negeri Melaka boleh mendapatkan beras putih tempatan 10kg dengan harga RM26 sahaja.

“Bagaimanapun, 10kg beras ini terhad kepada satu keluarga sahaja dan ia hanya dijual kepada warganegara Malaysia sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi beliau.

Bagi daerah Melaka Tengah, terdapat 11 penganjuran Jualan Agro Madani iaitu membabitkan lapan lokasi iaitu Agrobazar Kedai Rakyat Taman Tasek Ayer Keroh; Japerun Ayer Molek; Agrobazaar Duyong; Wisma Negeri MITC; Japerun Ayer Keroh; Agrobazaar Rakyat Paya Dalam; Dataran Pengkalan Rama dan Masjid Tangga Batu.

Manakala di Alor Gajah, ia membabitkan Agrobazaar Kedai Rakyat Tebong; Agrobazaar Kedai Rakyat Padang Sebang; Pasar Tani Lubok China; Pasar Tani Alor Gajah; Agrobazaar Kedai Rakyat Tanjung Bidara dan Masjid Jamek Tanjung Bidara.

Di daerah Jasin, program berkenaan akan diadakan di Agrobazaar Kedai Rakyat Taman Tasek Permai Sungai Rambai; Agrobazaar Kedai Rakyat Merlimau Utara; Dataran Orang Kampung Merlimau; Taman Bemban Jaya; Taman Maju Bemban; Pasar Tani Jasin; Agrobazaar Rakyat Umbai dan Pasar Tani Merlimau.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6495
Kongsi :
Previous post Gas ammonia bocor, dua pekerja kilang sesak nafas
Next post Tubuh pasukan khas selesai isu madrasah terbiar
Ubah saiz-+=