Karnival Kita Madani dekati komuniti setempat

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

ASAHAN 12 Mei – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Negeri Melaka terus memainkan peranan untuk mendekati komuniti setempat menerusi Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Melaka 2024.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, karnival yang berlangsung di Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh selama tiga hari itu mendapat sambutan cukup hebat.

Jelasnya, ia secara tidak langsung membuktikan bahawa konsep Malaysia Madani disambut baik masyarakat setempat.

“Karnival di Felda Bukit Senggeh ini berlangsung selama tiga hari dengan pelbagai pengisian program seperti taklimat isu semasa, pertandingan bersama komuniti, program keagamaan seperti Quran Hour dan Gegau Subuh serta jamuan rakyat.

“Karnival ini amat baik dalam mendekatkan kerajaan dengan masyarakat dan terima kasih kepada JaPen kerana memilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan untuk beramah mesra bersama komuniti.

“Setiap program diadakan mendapat sokongan luar biasa, ini menunjukkan rakyat menerima konsep Malaysia Madani yang telah diilhamkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Melaka 2024 di Felda Bukit Senggeh di sini, malam tadi.

Hadir sama Pengarah JaPen Negeri Melaka, Ab Rasil Hajatil dan lain-lain kenamaan.

Pada program itu, turut diadakan penyampaian hadiah bagi pelajar cemerlang dan pertandingan rakyat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

138
Kongsi :
Previous post JPJ jadi contoh agensi penguatkuasa tolak rasuah
Next post Suami isteri sanggup berhabis demi motosikal ‘pink’
Ubah saiz-+=