Elemen multitugas tingkat kemahiran pelajar

0
304
WAKIL Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan menunjukkan pingat yang dimenangi selepas mengungguli Kategori Produk Dan Penyelidikan pada I3CE 2020

BANDARAYA MELAKA 2 Dis. – Pelajar disaran mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran sekali gus menjadi pelajar yang mempunyai elemen multitugas

Pengarah Politeknik Melaka (PMK) Razali Johari berkata, ia termasuk mempunyai keupayaan mencipta produk dan perkhidmatan yang bersifat baharu.

“Inisiatif ini untuk membantu pelajar menjadikan produk mereka sebagai modal berharga untuk menghadapi alam pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pertandingan Inovasi, Persidangan dan Pameran Kerjaya 2020 (I3CE 2020) yang diadakan secara dalam talian, baru-baru ini.

Sebanyak 73 penyertaan melibatkan empat Politeknik Indonesia turut menyertai I3CE 2020 pada kali ini.

Katanya, Program I3CE merupakan platform kepada para pelajar dalam setiap jabatan membentangkan projek dan penyelidikan akhir mereka yang diusahakan dari awal tahun.

“Kali ini Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dengan produk ‘sensor probing cane and bone conduction glases’ merangkul johan dalam kategori produk.

“Manakala kategori penyelidikan pula dirangkul Jabatan Perdagangan dengan tajuk penyelidikan ‘Application of 3S System on Operation Management at Nasi Lemak Kampung Morten Riverline’.

“Kumpulan ini juga dipilih sebagai juara pembentangan terbaik pada kali ini. Johan Video terbaik telah dimenangi oleh jabatan Kejuruteraan Awam,” katanya,

Hadir sama, Pengarah I3CE Hishamuddin Shah.