Kereta mewah antara 29 kenderaan dilelong JPJ Melaka, 11 Julai ini

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BUKIT KATIL 19 Jun – BMW dan Volkswagen antara 29 kenderaan yang dilucut hak dan akan dilelong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka pada 11 Julai depan.

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, selain kereta terdapat juga sembilan motosikal yang akan dilelong pada lelongan kali pertama untuk tahun 2023 itu nanti.

Beliau berkata, lelongan yang akan berlangsung pada 11 Julai itu turut membabitkan 15 buah kereta, tiga buah motokar pelbagai utiliti dan masing-masing sebuah van serta ‘semi treler’.

“Justeru kami mempelawa pihak atau individu yang berminat memiliki kenderaan yang dilelong itu boleh berurusan dengan JPJ Melaka bagi mendapat borang atau dokumen lelongan yang dijual dengan harga RM50 bermula 3 hingga 11 Julai.

“Antara syarat jualan dokumen lelongan ialah seorang hanya boleh membeli satu borang sahaja dan individu berumur 18 tahun ke atas sahaja boleh membelinya,” katanya.

Menurut Muhammad Firdaus, hanya pembeli buku lelong sahaja dibenarkan untuk membuat pemeriksaan awam pada kenderaan yang dilelong bermula 3 hingga 5 Julai nanti.

“Kenderaan ini akan dipamerkan untuk pemeriksaan awam selama tiga hari bermula jam 9.30 pagi hingga 3.30 petang selain keadaan kenderaan yang dilelong adalah seperti dilihat sewaktu pemeriksaan awam.

“Mereka yang sudah melengkapkan dokumen lelongan perlu hadir pada tarikh lelongan iaitu 11 Julai ini bertempat di Dewan Tun Fatimah, Blok Parameswara JPJ Melaka bermula jam 8.30 pagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7938
Kongsi :
Previous post 1,000 penyelidik, ahli sejarah dan ilmuan bincang kewujudan Mendam Berahi
Next post Yakult tingkat kesedaran orang ramai tentang penyakit tidak berjangkit
Ubah saiz-+=