Klinik Kesihatan Pengkalan Balak dibuka secara rasmi

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

TANJUNG BIDARA 2 Mac – Pesakit di sekitar kawasan Tanjung Bidara dan Pengkalan Balak tidak lagi perlu mendapatkan rawatan ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah berikutan Klinik Kesihatan Pengkalan Balak kini dibuka untuk memberikan perkhidmatan kesihatan.

Pengarah Kesihatan Melaka, Datuk Dr Rusdi Abdul Rahman berkata, Klinik Kesihatan Pengkalan Balak sebelum ini dikenali sebagai klinik desa yang hanya bertumpu kepada perkhidmatan ibu dan kanak-kanak.

Katanya, apabila klinik berkenaan dinaik taraf, fasiliti kemudahan juga dinaik taraf sebagaimana klinik kesihatan lain seperti menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan bagi penyakit kronik seperti sakit jantung atau asma, demam, selesema.

“Selain rawatan ibu dan kanak-kanak serta rawatan penyakit lain, Klinik Kesihatan Pengkalan Balak juga menerima kes kecemasan seperti kemalangan mahupun serangan penyakit kronik dan klinik berkenaan sudah mula beroperasi sejak sebulan lalu.

“Kakitangan kesihatan yang bertugas juga ditambah kepada enam kakitangan iaitu dua penolong pegawai perubatan, dua jururawat terlatih dan dua atendan klinik berbanding sebelum ini yang hanya menempatkan seorang jururawat dan tiga jururawat masyarakat,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.

334468413_112799614991133_574148120411761779_n
DR Rusdi (empat dari kanan) pada majlis perasmian Klinik Kesihatan Pengkalan Balak. Foto Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah

Terdahulu, beliau merasmikan klinik berkenaan dengan melakukan upacara simbolik memotong riben berwarna ungu.

Mengulas lanjut, susulan pembukaan klinik tersebut, Klinik Komuniti Londang ditutup dan orang ramai juga tidak perlu ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah bagi mengelakkan kesesakan jumlah pesakit di klinik kesihatan tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2535
Kongsi :
Previous post Warga emas, menantu tak serik seleweng diesel bersubsidi
Next post JAIM rampas tabung derma haram
Ubah saiz-+=