Konvensyen Baitulmal Kebangsaan di Melaka buka tirai esok

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BANDARAYA MELAKA 5 Mac – Peraturan-Peraturan Baitulmal Sebagai Teras Pemerkasaan Hasil dan Amanah Kepada Majlis-Majlis Agama Islam Negeri menjadi topik pembuka pada Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2024, yang bermula esok.

Pembentangan mengenai topik itu akan dibentangkan oleh Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Konvensyen kemudian diteruskan lagi dengan dua sesi pembentangan dengan topik yang akan menjelaskan lagi secara terperinci fungsi dan peranan Baitulmal.

Selain Profesor Madya Dr. Muhammad Hakimi Mohd Shafiai dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang akan membentangkan topik Ekosistem Ekonomi Halal Dalam Mendokong Penciptaan, Pengurusan dan Pengagihan Kekayaan Dalam Negara, Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil turut tampil dengan pembentangan.

Beliau akan membentangkan topik mengenai Ekosistem Zakat Sebagai Pemerkasaan Ekonomi Asnaf di hadapan kira-kira 400 peserta dari seluruh Malaysia.

Majlis perasmian Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Hotel Hattern itu akan disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Na’im Mokhtar.

Selain sesi pembentangan, terdapat juga gerai pameran antara dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Bahagian Promosi Pelancongan (BBP).

Malah reruai Melaka Hari Ini (MHI) juga turut akan berada sepanjang dua hari berlangsungnya konvensyen dengan menawarkan pelbagai informasi dan perkhidmatan termasuk barangan cenderahati istimewa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2549
Kongsi :
Previous post Kedai runcit sorok 1 tan barang bersubsidi kena serbu
Next post TMM2024: Program keagamaan sepanjang Mac
Ubah saiz-+=