Masjid bukan medan perbalahan politik

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERKAM 25 Ogos – Kerajaan Negeri melarang institusi masjid dijadikan sebagai medan untuk berkempen bagi mana-mana parti politik.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, Kerajaan Negeri juga tidak membenarkan mana-mana pendakwah yang berlatar belakangkan parti politik berceramah mengenai politik di dalam masjid.

“Masjid adalah kemudahan untuk digunakan sebagai medan merapatkan silaturahim supaya pemikiran kita ini tidak dipecah belahkan dengan ideologi politik yang berbeza-beza.

“Kita akan memantau setiap aktiviti masjid dan kita tidak akan mengizinkan mana-mana pendakwah yang berlatar belakangkan parti politik memberi ceramah,” katanya,

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Masjid Al Muttaqin di Kampung Tedong, di sini, hari ini.

Perasmian Masjid Al-Muttaqin disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Turut hadir, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan serta Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

880
Kongsi :
Previous post Masjid Al-Muttaqin jadi ikon pelancongan Islam
Next post Ajak belia ceburi bidang akuakultur
Ubah saiz-+=