MASKOM B juara sepak takraw Liga Sukan Komuniti Alor Gajah

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

MASJID TANAH 14 Ogos – Pasukan Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM) B mengenepikan 16 pencabar lain sekali gus merangkul juara dalam sepak takraw Kejohanan Liga Sukan Komuniti Daerah Alor Gajah semalam.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan pasukan itu menerima wang tunai RM500 dan melayakkannya mewakili Daerah Alor Gajah ke kejohanan sama peringkat negeri yang diadakan pada 9 September di Kompleks Sukan Batu Berendam.

367453343_664589755694710_6516988380486069313_n
ANTARA pasukan sepak takraw yang menyertai Liga Sukan Komuniti Daerah Alor Gajah. Foto JBS

Pada kejohanan yang diadakan di Kompleks Sukan Masjid Tanah, naib johan dimenangi oleh ZM Kris Mas B yang membawa pulang wang tunai RM300 manakala tempat ketiga kumpulan ZM Kris Mas A dan tempat keempat dirangkul MASKOM B, yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM100.

Terdahulu, kejohanan itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka.

Pengurus MASKOM, Mohd Azuan Ali ketika dihubungi berkata, sebagai persiapan menghadapi kejohanan di peringkat negeri pasukannya menjalani latih tubi sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

“Pasukan kami akan melakukan terbaik bagi memenangi kejohanan itu dan mewakili Melaka ke peringkat seterusnya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2198
Kongsi :
Previous post Melaka cadang buka PPLK di setiap kawasan PBT
Next post PPLK Taman Botanikal kutip 6 tan barangan kitar semula sejak beroperasi
Ubah saiz-+=