Masyarakat peribumi perlu masa hadapan terbaik

Masa Membaca:57 Saat

TABOH NANING, 25 Ogos – Masyarakat peribumi di negeri ini perlu diberikan perhatian sewajarnya dalam memastikan mereka memiliki masa hadapan terbaik.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, mereka juga sebahagian daripada penduduk di negeri ini yang mempunyai impian dan cita-cita.

Menurutnya, sebagai tanda prihatin pelbagai pendekatan diambil supaya mereka tidak berasa dipinggirkan.

“Hari ini kita berkesempatan menyampaikan sumbangan kit makanan kepada 163 keluarga di Kampung Bukit Payung di sini.

“Ironinya, usaha dilaksanakan ini diharap dapat meringankan bebanan selain menyedarkan mereka bahawa masyarakat peribumi di negeri turut menjadi tanggungjawab kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Penyampaian Kit Makanan kepada penduduk peribumi anjuran Bulan Sabit Merah Negeri Melaka di Balai Raya Kampung Bukit Payung di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri Melaka, Datuk Latipah Omar.

Mengulas mengenai program itu, Ab Rauf berkata, ia akan diadakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

“Sumbangan ini juga sebagai tanda menghargai sumbangan mereka terhadap pembangunan negeri Melaka.

“Kerjasama penduduk peribumi kampung ini sangat membanggakan dan ia terbukti apabila mereka memberikan sokongan berterusan kepada kerajaan sedia ada,” katanya.

Views:

281
Kongsi :
Previous post TYT hadir ke Majlis Makan Malam bersempena penganugerahan tertinggi Melaka
Next post Pertahan keharmonian masyarakat Orang Asli
Ubah saiz-+=