
‘Melaka is The Place To Be’ tagline baharu promosi pelancongan Melaka
AYER KEROH 11 Jun – Melaka bakal menggunakan ‘tagline’ baharu iaitu ‘Melaka is The Place To Be’ bagi mempromosi sektor pelancongan di negeri ini.
Pengerusi Pelancongan, Warisan & Kebudayaan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, penggunaan ‘tagline’ itu adalah salah satu strategi bagi menarik lebih ramai pelancong domestik untuk menjadikan Melaka sebagai destinasi pilihan mereka.
Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk menjalankan proses sanitasi dan nyahkuman secara berkala di setiap lokasi pelancongan bagi memastikan ia selamat untuk dikunjungi.
“Ini bagi memastikan pelancong yang berkunjung ke negeri ini sentiasa berasa selamat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Dalam pada itu, Jailani berkata kedatangan pelancong ke negeri ini dijangka meningkat berdasarkan tempahan hotel yang direkodkan selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) baru-baru ini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: KEPIMPINAN PAS IKRAR SOKONGAN PENUH BUAT CALON BN REMBIA
REMBIA 3 November - Hubungan baik yang terjalin sejak era Muafakat Nasional (MN) menjadi asas kepada sokongan kepimpinan PAS terhadap...
PRN MELAKA: BOLA SEPAK SATUKAN JENTERA BN-PAS DI REMBIA
REMBIA 3 November - Perlawanan persahabatan bola sepak antara jentera Barisan Nasional (BN) dan PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
STESEN PENYELIDIKAN MPOB PERKUKUH SEKTOR AGRIKOMODITI MELAKA
PANTAI KUNDOR 3 November - Usaha memperkukuh sektor agrikomoditi di Melaka terus dipergiat menerusi pembangunan Stesen Penyelidikan Lembaga Minyak Sawit...
TOK HAMEED SANTUNI PENGUNDI USIA HAMPIR 100 TAHUN DI SUNGAI SIPUT
AYER LIMAU 3 November - Kediaman Mohd Yusof Taib, 98, di Kampung Sungai Siput antara persinggahan calon Barisan Nasional bagi...
PRN MELAKA: USAHA BN DI REMBIA REDAKAN BANJIR, PENDUDUK SUNGAI PETAI LEGA
REMBIA 3 November - Pembinaan longkang baharu di Kampung Sungai Petai berjaya mengatasi masalah banjir berulang yang sekian lama membelenggu...
50 DEPOH LATEKS BAHARU DISASAR DIBINA MENJELANG 2027
PANTAI KUNDOR 3 November - Kerajaan menyasarkan pembinaan 50 depoh susu getah (lateks) baharu di seluruh negara menjelang tahun hadapan...

