Melaka mohon RM10 bilion menerusi RMKe-12 – KM

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

KUALA LUMPUR 21 Jan – Kerajaan Melaka memohon peruntukan RM10 bilion daripada kerajaan pusat menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi projek pembangunan di negeri itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kelulusan permohonan itu akan dipilih mengikut keutamaan oleh kerajaan pusat.

Katanya, peruntukan dimohon itu meliputi empat ‘ rolling plan’ (RP) oleh kerajaan negeri bagi kesemua projek yang dianggap keutamaan.

“Kalau di peringkat negeri, semua ikut keutamaan pada kita, tapi bila sampai pada kerajaan pusat, mereka akan melihat semula dengan jumlah-jumlah yang boleh dibantu untuk diberi kepada kerajaan negeri.

“Peruntukan terbabit akan digunakan macam saya sebut tadi dalam ‘rolling plan’ pertama kita dapat RM 300 juta, dalam RP kedua kita dapat RM 574 juta. Kalau dicampur kedua-dua RP hampir RM1 bilion.

“Jadi lebihan akan disalurkan kepada mana-mana projek utama dalam RP ketiga dan keempat pula,” katanya.

Beliau berkata, demikian dalam sidang media selepas menghadiri Sesi Roadshow Pasca Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Bersama Kerajaan negeri Melaka di sebuah hotel di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

712
Kongsi :
Previous post Lebuh raya pesisir pantai, M-WEZ antara projek akan dipertimbangkan – Mustapa
Next post M-WEZ ‘game changer’ untuk Melaka
Ubah saiz-+=