Mini Malaysia kembali ‘bernafas’

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 11 Okt – Sekian lama menyepi tanpa pengunjung Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park (MMACP) diibaratkan seperti kembali ‘bernafas’ dengan kehadiran pengunjung hari ini.

Pegawai Pentadbirannya, Ainatul Mardhiah Roslan berkata pihaknya menjangkakan 200 pengunjung akan ke taman rekreasi itu pada hujung minggu ini.

“Macam sebelum ini masa dibenarkan rentas daerah kita terima lebih kurang 50 pengunjung sehari pada hujung minggu.

“Tapi sekarang dah boleh rentas negeri, kita sasarkan hujung minggu ini seramai 200 pengunjung sehari pada hari Sabtu dan Ahad,” katanya kepada MHI.

KANAK-kanak menaiki ATV yang disediakan di MMACP.

Ujarnya, setakat ini MMACP sedang mempergiat usaha menyelenggara taman rekreasi tersebut untuk keselesaan pengunjung.

“Buat masa ini kami masih membuat persediaan untuk menerima kedatangan pengunjung. Sekiranya nak masuk taman mini ini, kita perlu ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti lengkap dua dos vaksin.

“Persediaan sekarang dalam 70 peratus, kita masih lagi dalam proses penyelenggaraan termasuk menambahbaik infrastruktur rumah-rumah tradisional di sini,” katanya lagi.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk menaiki kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV), kereta ‘buggy’ dan lain-lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1401
Kongsi :
Previous post SUK Melaka garis fungsi Kerajaan Caretaker
Next post Tiada ‘pihak ketiga’ dalam urusan pentadbiran Melaka – SUK Melaka
Ubah saiz-+=