Pandu BMW curi kabel

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

JASIN 22 September – Empat individu termasuk seorang wanita disyaki aktif dalam aktiviti mencuri kabel dicekup polis dalam dua serbuan berasingan di Serkam dan Kajang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, terdahulu sepasukan anggota dari Balai Polis Merlimau sedang melakukan rondaan cegah jenayah menemui kabel yang sudah dipotong kelihatan mencurigakan di Jalan Melaka-Muar, di sini, kira-kira jam 5.30 pagi semalam.

Ahmad Jamil berkata, kabel milik sebuah syarikat telekomunikasi itu dianggarkan sepanjang 172 meter dan dianggarkan menyebabkan kerugian akibat kerosakan sebanyak RM30,000.

“Bagi mendapatkan kepastian kami menyemak penemuan itu dengan juruteknik sebuah syarikat telekomunikasi sebelum mengesahkan bahawa kabel berkenaan milik mereka.

“Kami kemudian melakukan pemantauan dan terserempak dengan dua buah kereta iaitu Proton Saga dan BMW dalam keadaan mencurigakan. Menyedari kehadiran pihak berkuasa pemandu kedua-dua kenderaan cuba meloloskan diri.

“Namun pemandu BMW hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu terbabas lalu melanggar tembok bangunan sebuah premis, bagaimanapun sebuah lagi kereta dapat melarikan diri,” katanya.

WhatsApp Image 2023-09-22 at 4.09.10 PM
KABEL yang ditemui pihak polis

Katanya, pemandu dan penumpang kenderaan terbabit kemudian ditahan dan hasil maklumat diperolehi pihaknya melakukan satu lagi serbuan di Kajang yang membawa kepada kejayaan penahanan dua lagi suspek termasuk seorang wanita.

Beliau berkata, bedasarkan semakan kesemua suspek memiliki rekod jenayah lampau termasuk membabitkan penyalahgunaan dadah.

“Siasatan berhubung kejadian masih diteruskan mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan, orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1372
Kongsi :
Previous post Projek benteng pemecah ombak Pantai Puteri perlu disegerakan
Next post 1,551 pelajar ‘tidur’ di 25 muzium seluruh negara
Ubah saiz-+=