Penganjur majlis, pemimpin politik dikompaun langgar SOP

Masa Membaca:53 Saat

JOHOR BAHRU, 13 Feb – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengarahkan pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) Putrajaya untuk mengeluarkan kompaun ke atas penganjur Majlis Pelancaran Briged MIC yang diadakan di Stadium Educity, Iskandar Puteri hari ini, kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Turut berdepan tindakan kompaun Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad dan Presiden MIC Tan Sri S.A Vigneswaran.

Perkara itu diumumkan Khairy menerusi akaun Twitter rasmi beliau.

“Saya telah mengarahkan pegawai @KKMPutrajaya untuk keluarkan kompaun kepada DS Hishammuddin, DS Hasni, TS Vigneswaran, pemimpin utama yang hadir & penganjur di bawah Akta 342.

“@KKMPutrajaya akan terus pantau SOP sempena PRN Johor,” menurut ciapan beliau.

Ahli Parlimen Rembau itu turut berkongsi pautan sebuah portal yang memuat naik video majlis berkenaan.

Difahamkan, majlis itu bermula pada 5.20 petang dan dianggarkan 3,000 hadir pada majlis berkenaan.

Ini adalah kali pertama pemimpin parti politik dan penganjur dikenakan kompaun sempena PRN Johor yang akan diadakan pada 12 Mac ini.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1676
Kongsi :
Previous post Sistem saraan baharu tertakluk kedudukan kewangan kerajaan – KSN
Next post Hishammuddin, Vigneswaran berdepan kompaun KKM
Ubah saiz-+=