Peniaga kecil, pengusaha inap desa, chalet dipelawa jayakan Program Cabutan Bertuah

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

SERI NEGERI 6 Februari – Peniaga kecil, pengusaha ‘homestay’ (inap desa) dan chalet di negeri ini dipelawa untuk bersama-sama menjayakan Program Cabutan Bertuah sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif itu bukan sahaja menggamit lebih ramai pengunjung dan pelancong ke Melaka sebaliknya mampu membantu meningkatkan pendapatan golongan berkenaan.

Jelas Ketua Menteri, peniaga kecil, pengusaha homestay dan chalet berminat menyertai Program Cabutan Bertuah hanya perlu menjadi ejen penjual (reseller) barangan cenderamata khas TMM2024.

Katanya, menerusi setiap pembelian cenderamata TMM2024 pelanggan akan menerima kupon yang melayakkan mereka menyertai kempen cabutan bertuah anjuran Kerajaan Negeri.

“Sempena TMM2024 kita mahu seluruh peniaga kecil, pengusaha homestay dan chalet pelusuk negeri ini untuk bersama-sama Kerajaan Negeri menjadi ‘reseller’ cenderamata yang mungkin akan melayakkan pelanggan mereka membawa pulang kereta atau motosikal.

“Semua ini adalah ekosistem terbaik dalam merancakkan ekonomi setempat yang mana peniaga akan mendapat keuntungan dan pelanggan juga akan menerima manfaat impak daripada TMM2024.

“Setiap peniaga yang menyertai jualan ini akan menerima pelbagai jenis cenderamata dan kupon khas untuk diberikan kepada pelanggan bagi setiap pembelian,” kata Ketua Menteri pada Sidang Media TMM2024 dan Hari Pengisytiharan Hari Kemerdekaan, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman bersama timbalan beliau Datuk Zaidi Attan dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, pembelian cenderamata melayakkan pengunjung atau pelancong menerima satu kupon cabutan bertuah dilengkapi nombor siri dan kod ‘QR’ bagi memudahkan urusan mengesan penjual yang berdaftar.

“Setiap unit pembelian akan menerima satu kupon dan mana-mana pembeli boleh menghantar seberapa banyak kupon berdasarkan pembelian. Penyertaan mempunyai tempoh sah selama sebulan yang mana proses cabutan ini juga akan dilaksanakan sebulan sekali,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

601
Kongsi :
Previous post Imbau sejarah kemerdekaan Tanah Melayu
Next post TMM2024: Pengunjung mahu ke Taman Laut boleh hubungi ejen kembara MATTA Melaka.
Ubah saiz-+=