OPS Mabuk

Penunggang motosikal ditahan ketika lalok

KOTA LAKSAMANA 20 Jun – Padah menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol, seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan di Jalan Syed Abd Aziz, di sini awal pagi tadi

Operasi Ops Mabuk yang bermula pada jam 11 malam hingga 2 pagi itu dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka membabitkan tiga pegawai dan 17 anggota termasuk sukarelawan polis.

Ketua JSPT negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, lelaki yang bekerja sebagai penjaga parkir di Ujong Pasir itu ditahan pada jam 12.15 tengah malam dalam sekatan jalan raya terbabit.

Katanya, ujian pernafasan terhadap suspek mendapati bacaan alkohol mencatatkan sebanyak 245 miligram (mg) iaitu melebihi daripada paras ditetapkan.

“Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan mengambil minuman alkohol di tempat kerja dan ketika ditahan, suspek dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Susulan itu, suspek dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Melaka Tengah untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika ditemui di lokasi berkenaan.

Hassan berkata, suspek berkenaan antara enam lelaki yang ditahan atas kesalahan sama dalam Ops Mabuk yang dijalankan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sepanjang PKPP sejak 10 Jun lalu, operasi ini adalah kali ketiga Ops Mabuk dan enam suspek yang ditahan berusia antara 30 tahun hingga 50 tahun dan kes disiasat mengikut akta sama,” katanya.

Sementara itu, Hassan berkata daripada 250 jumlah kenderaan yang diperiksa, pihaknya mengeluarkan 30 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya termasuk cukai jalan dan lesen memandu tamat tempoh serta nombor plat kereta tidak mengikut spesikasi ditetapkan.

Views:

14

Share and Enjoy !

Shares
KAWASAN banjir Previous post Muar, Melaka banjir kilat
BANJIR Next post Polis mohon saksi tampil bantu siasatan kes pecah masuk restoran