
PKN Tangga Batu sahut saranan kibar Jalur Gemilang
KLEBANG 18 Ogos – Penggerak Komuniti Negara (PKN) cawangan Tangga Batu tidak ketinggalan menyahut saranan kerajaan menyemarakkan bulan kemerdekaan dengan mengadakan Kempen Kibar Jalur Gemilang, baru-baru ini.
Kempen berkenaan yang disertai kira-kira 30 ahli PKN Tangga Batu bertempat di Uptown Jebat Street, di sini, telah dirasmikan Pengerusi PKN negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis.
Dalam ucapannya, Muhammad Jailani menyeru semua pihak agar dapat menyemai semangat patriotisme demi mengekalkan kemerdekaan yang sudah dicapai selama 63 tahun.
“Bukan sahaja ahli PKN, tetapi semua rakyat Malaysia perlu memanjatkan kesyukuran terhadap kemerdekaan yang telah kita capai.
“Semua perlu sedar dan menghargai pengorbanan datuk nenek moyang kita untuk memerdekakan negara.
“Semangat patriotisme seperti ini perlu kita teruskan agar Malaysia dapat kekal aman dan makmur sampai bila-bila,” katanya.
Hadir sama, Pengerusi PKN P136 Tangga Batu Abdullah Ali
Majlis tersebut turut diserikan dengan gimik kemerdekaan melalui kibaran Jalur Gemilang dan bendera Negeri Melaka bersama semua yang hadir.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: HELMY BAWA ‘KAD PRESTASI’ KE GELANGGANG DUYONG
DUYONG 1 November - Rekod perkhidmatan sepanjang lima tahun lalu menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Noor Helmy...
PRN MELAKA: ‘AH SEM’ CALON NOMBOR 1 DUN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 31 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem atau lebih dikenali...
PRN MELAKA: BILIK GERAKAN SPRM BEROPERASI 24 JAM
AYER KEROH 31 Oktober - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka bilik gerakan beroperasi 24 jam sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya...
PRN MELAKA: 65 CALON LELAKI, 14 WANITA BERTANDING DI 28 KERUSI DUN
AYER KEROH 31 Oktober - Persaingan merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: JASMINE MAHU ANAK MUDA KEMBALI BERKARYA DI BANDAR HILIR
AYER KEROH 31 Oktober - Meskipun diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N22 Bandar...
TOK AJAK YAKIN TELOK MAS ‘KEKAL BIRU’
TELOK MAS 31 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman yakin...
