
ERP: Sokongan padu terhadap PKS dan rakyat
KUALA LUMPUR 5 Jun – Kerajaan membuktikan bahawa ia melakukan sedaya mungkin dalam usaha menyokong rakyat, kumpulan yang terjejas dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan meletakkan asas yang kukuh menerusi sokongan kewangan dan inisiatif menyeluruh.
Di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) jangka pendek, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan 40 inisiatif bernilai RM35 bilion yang mana sebahagian besarnya disasarkan bagi jaminan pekerjaan termasuk yang berada dalam ekonomi gig, kemahiran semula dan membantu aliran tunai bagi perniagaan.
Antara lainnya, kerajaan akan memudahkan dasar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi gig dan kebajikan pekerja dalam sektor ini.
Ini akan dilakukan menerusi padanan geran bernilai sehingga RM50 juta bagi platform ekonomi gig yang menyumbang bagi pekerja yang mencarum di bawah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO sehingga RM162 dan Skim i-Saraan KWSP sehingga RM250 setahun.
Ia juga akan menyediakan peruntukan kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebanyak RM25 juta bagi program Global Online Workforce (GLOW) yang menyediakan kepada pelanggan antarabangsa ketika bekerja dari rumah.
Dalam usaha menggalakkan perusahaan mikro dan PKS menggunakan perkhidmatan digital, kerajaan bersama dengan sektor swasta akan membiayai usaha ini menerusi geran padanan bernilai RM140 juta.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
JUALAN MURAH SETIAP BULAN DI DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 13 Disember - Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput bakal menjadi yang pertama di negeri mengadakan program jualan...
MELAKA BENTANG 10 RESOLUSI TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Disember - Sebanyak 10 resolusi dalam memeta hala tuju pendidikan negara akan dibawa Kerajaan Negeri menerusi penganjuran...
RAIS TUNAI JANJI, REALISASIKAN PUSAT PENJAJA DI TAMAN KRUBONG JAYA
PAYA RUMPUT 13 Disember - Impian penjaja di sekitar Taman Krubong Jaya untuk berniaga di sebuah tapak yang lebih selesa...
INISIATIF DIGITAL MELAKA BERPOTENSI DIKETENGAHKAN DI PERINGKAT GLOBAL
AYER KEROH 12 Disember - Usaha pendigitalan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa, sekali gus...
RM310 JUTA UNTUK BANDAR PINTAR MELAKA, FASA PERTAMA BERMULA TAHUN DEPAN
AYER KEROH 12 Disember - Pelaksanaan inisiatif bandar pintar di Melaka yang melibatkan peruntukan sebanyak RM310 juta daripada Suruhanjaya Komunikasi...
KEMPEN INTERNET SELAMAT 2.0 FOKUS DIDIK IBU BAPA KESELAMATAN DIGITAL
AYER KEROH 12 Disember - Kerajaan komited meneruskan Kempen Keselamatan Internet (KIS) 2.0 pada tahun hadapan dengan memfokuskan pendidikan literasi...

