
Polis lupus barang kes RM2.83 juta
Kesemua barang melibatkan 170 kertas siasatan yang telah selesai itu dirampas melalui Op Dadu, Op Kontraban dan Op Letrik.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata barang yang dilupuskan ialah 2,386 set komputer dan komputer riba hasil rampasan Op Dadu dengan jumlah nilai rampasan RM477,500 manakala Op Kontraban (rokok dan minuman keras tidak bercukai) melibatkan rampasan 12,121 tin minuman keras, 512 botol arak dan 15,556 karton rokok pelbagai jenama dengan nilai rampasan sebanyak RM1.6 juta.
“Kesemua barang kes termasuk rokok dan minuman keras tidak bercukai, mesin perjudian dan mesin bitcoin dilupuskan dengan cara musnah melalui kaedah e-sisa dan jualan sisa besi dan pepejal,” katanya ketika ditemui pada majlis pelupusan barang kes Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini yang turut dihadiri Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Baharudin Mat Taib.
Beliau berkata pelupusan itu mendapat kelulusan Timbalan Pendakwa Raya serta kelulusan Mahkamah Kajang mengikut Seksyen 406 Kanun Prosedur Jenayah. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PDRM PERKETAT KAWALAN SEMPADAN SUSULAN KETEGANGAN DI SELATAN THAILAND
SERI NEGERI 24 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan susulan keadaan keselamatan yang semakin...
ZIANA ZAIN BERSEMANGAT TERUS HARUMKAN NAMA MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain yang kini bergelar Datuk menyifatkan penerimaan anugerah Darjah Kebesaran...
UPNM BUKAN SEKADAR BINA KEMUDAHAN, BENTUK JATI DIRI MASYARAKAT ALAI
TELOK MAS 22 Ogos - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memberi tumpuan terhadap pembentukan jati diri, sahsiah dan nilai patriotisme...
RM1 JUTA UBAH WAJAH KAMPUNG ALAI
TELOK MAS 22 Ogos - Kampung Alai kini menerima pelbagai kemudahan yang bukan sahaja menceriakan persekitarannya, malah memberi manfaat langsung...
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...

