Sorting by

×

RAIS SUNTIK SEMANGAT CALON SPM DUN PAYA RUMPUT

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

PAYA RUMPUT 26 November – Peruntukan berjumlah RM21,000 disalurkan Japerun Paya Rumput kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin berkata sumbangan itu termasuk bagi menyediakan kelengkapan alat tulis kepada seramai 764 calon akan menduduki SPM pada tahun ini.

“Sumbangan ini sebagai suntikan semangat kepada adik-adik dalam DUN Paya Rumput yang bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi dan saya harap inisiatif dilaksanakan dapat menceriakan mereka.

“Selain menyampaikan sumbangan, inisiatif ini juga bertujuan untuk menyantuni calon-calon SPM seperti disarankan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,” katanya.

Whatsapp Image 2024 11 26 At 5.01.54 Pm
RAIS bergambar bersama calon-calon SPM.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Jelajah Suntikan Semangat Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Rumput di sini, hari ini.

Hadir sama Pengetua SMK Paya Rumput, Khalid Bujang.

Terdahulu Rais yang juga Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, mengadakan lawatan ke empat sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim, SMK Tun Haji Abd Malek, SMK Paya Rumput serta SMK Krubong bagi menyalurkan sumbangan berkenaan.

Whatsapp Image 2024 11 26 At 5.02.45 Pm

21k 3- SEBAHAGIAN pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun 2024.

21k 2- RAIS bergambar bersama calon-calon SPM.

21k 3- SEBAHAGIAN pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun 2024.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

85
Kongsi :
Previous post ‘TASK FORCE’ BANJIR JELAJAH SEMUA DUN
Next post JBPM TERIMA WATIKAH PELANTIKAN ILB KEBOMBAAN
Ubah saiz-+=