Roti Canai Hari Ini jadi tumpuan di Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 29 April – Roti Canai Hari Ini menjadi antara juadah popular pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Seawal 10 pagi, orang ramai sudah mula beratur di hadapan gerai yang menyediakan hidangan roti canai panas yang dimasak secara langsung.

Sebanyak 2,000 keping makanan kegemaran rakyat Malaysia itu disediakan pada Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Melaka, tahun ini.

Selain roti canai, pelbagai lagi juadah enak lain turut disediakan di MITC, antaranya, lemang, ketupat, rendang, ayam golek, laksa, kambing golek, sate dan nasi lemak.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman.

Ia turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum, barisan Exco Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Dianggarkan lebih 25,000 rakyat Melaka akan berkunjung rumah terbuka pada hari ini yang bermula pada jam 10 pagi dan berakhir 3 petang nanti.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2043
Kongsi :
Previous post Semak semula status bintang hotel Melaka
Next post Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka lebih mega, menarik tahun depan – KM
Ubah saiz-+=