
SPRM: Suami isteri ditahan bantu siasatan bocor maklumat tender
PUTRAJAYA, 23 Mac – Seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan berkaitan infrastruktur dan suaminya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan kes pembocoran maklumat membabitkan tender agensi itu bernilai lebih RM1.2 juta.
Menurut sumber SPRM, wanita berkenaan yang terbabit dalam pemilihan kontrak agensi itu dipercayai membocorkan maklumat tender bernilai RM1.2 juta dengan balasan syarikat milik suaminya dilantik sebagai subkontraktor kepada sebuah lagi syarikat yang berjaya mendapat projek berkaitan sistem elektronik pada 2020.
Menurut sumber SPRM itu, suami isteri yang masing-masing berumur 44 tahun dan 42 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM di sini petang semalam.
Pasangan itu kini ditahan reman sehingga 27 Mac ini setelah perintah reman terhadap mereka dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas mendengar permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.
Sumber SPRM itu berkata pasangan suami isteri itu ditahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA GARIS 7 INISIATIF PERKUKUH EKOSISTEM INDUSTRI HALAL
AYER KEROH 8 Ogos - Kerajaan Negeri menggariskan tujuh inisiatif utama bagi memperkukuh ekosistem industri halal Melaka, sekali gus memastikan...
ANAK MUDA MELAYU BUKTIKAN BIDANG TEKNIKAL MAMPU PERGI JAUH
PAYA RUMPUT 8 Ogos - Bermula dengan keberanian menceburi bidang teknikal yang kurang diceburi usahawan Melayu, AF Energy Group M...
PELABUR JEPUN, CHINA MULA INTAI PELUANG INDUSTRI HALAL MELAKA
AYER KEROH 8 Ogos - Pelabur antarabangsa termasuk dari Jepun dan China mula melihat Melaka sebagai lokasi strategik untuk mengembangkan...
MIHF 2026 BUKA MATA PENGUNJUNG KENALI PRODUK HALAL
AYER KEROH 8 Ogos - Melaka International Halal Festival (MIHF) 2026 bukan sekadar menjadi lokasi membeli-belah, malah membuka ruang kepada...
PELABURAN MASUK MELAKA MESTI BUKA PELUANG KEPADA SYARIKAT, VENDOR TEMPATAN
BANDA HILIR 8 Ogos - Setiap pelaburan berskala besar yang masuk ke Melaka perlulah memberi limpahan ekonomi kepada syarikat tempatan,...
ROSA-SINENSIS 2026, PENGIKTIRAFAN TERBESAR DIRAIH MPJ
PAYA RUMPUT 8 Ogos - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengharumkan nama Melaka apabila diangkat sebagai penerima Anugerah Rosa-Sinensis Penarafan Taman...
