Tahanan keempat lari dari PKRC diberkas semula

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

PENAMPANG 2 Ogos – Polis pada petang tadi berjaya memberkas semula tahanan keempat yang melarikan diri daripada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri di sini.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, tahanan itu Mohd Rahman Basir, 24, seorang warga Filipina, berjaya diberkas semula hasil maklumat orang awam di Kilometer 3, Jalan Spur, Papar pada jam 2.20 petang.

“Polis mengucapkan terima kasih kepada masyarakat dan semua pihak terlibat dalam membantu menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya tahanan yang diburu sejak semalam.

“Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai kontak rapat atau pernah bertemu dengan keempat-empat tahanan ini semasa mereka meloloskan diri supaya segera tampil untuk membuat ujian saringan COVID-19,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Pada 24 Julai lalu, empat tahanan dipindahkan dari Balai Polis Penampang ke PKRC itu selepas disahkan positif COVID-19, sebelum mereka didapati melarikan diri daripada pusat kuarantin berkenaan jam 3.30 pagi semalam.

Tiga tahanan itu terdiri daripada dua warga Filipina Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20, dan Salman Arip, 19, serta seorang warga tempatan Arippian Abdul, 27, ditahan di Lorong Wijaya 1, Taman Wijaya, Menggatal, Kota Kinabalu, pada 5.45 petang semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis buru empat tahanan lari pusat kuarantin

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

511
Kongsi :
Previous post Kejayaan Aaron pemangkin semangat anak Melaka – Sulaiman
Next post COVID: Kematian tertinggi dicatatkan hari ini dengan 219 kes
Ubah saiz-+=