Tiada kanak-kanak diculik di Bukit Rambai

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 28 September – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah menafikan terdapat kes penculikan membabitkan kanak-kanak di Bukit Rambai seperti yang tular di aplikasi Whatsapp.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, rakaman suara dan mesej yang ditularkan itu adalah palsu.

Katanya, pihak polis mengesahkan bahawa tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kes penculikan seperti yang didakwa.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan menyebarkan berita-berita yang tidak berasas serta tida ditentukan kesahihannya.

“Pihak polis akan terus mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang didapati mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menyebarkan sebarang berita palsu dalam platform media sosial.

“Kes boleh disiasat di bawah Seksyen 505B Kanun Keseksaan iaitu dengan niat menyebarkan ketakutan dan kegentaran awam, selain boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan pengunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, tular di aplikasi Whatsapp kononnya seorang kanak-kanak diculik oleh sebuah kereta dan van di sekitar Bukit Rambai.

Mesej tular itu juga telah diulang siar di beberapa platform media sosial yang lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3461
Kongsi :
Previous post Bekalan telur seluruh negara cukup
Next post MyKPA bantu pengurusan air secara sistematik
Ubah saiz-+=