UTeM hulur bantuan kepada mangsa banjir di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

AYER KEROH 24 Mei – Prihatin dengan nasib menimpa mangsa banjir di Melaka, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) baru-baru ini tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa terlibat.

Penolong Naib Canselor, Jaringan Industri dan Masyarakat UTeM, Prof Madya Ir Dr Md Nazri Othman berkata, antara objektif program adalah untuk meringankan beban ditanggung mangsa yang ada diantaranya turut melibatkan staf dan pelajar UTeM selain komuniti setempat.

Jelasnya, majllis dianjurkan Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) dengan kerjasama Alumni UTeM, Pejabat Pendaftar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka
pada 17 hingga 21 Mei 2021 lalu.

BARANGAN bantuan siap untuk dihantar bagi diagihkan kepada mangsa bencana banjir yang melanda negeri Melaka, baru-baru ini.

“Ia disampaikan kepada hampir 100 keluarga yang terlibat yang mana mereka menerima sumbangan berupa barangan keperluan makanan dan perkakasan pembersihan.

“Kebanyakan mangsa yang menerima bantuan ini adalah mereka yang terkesan dengan banjir yang telah melanda di kawasan Durian Tunggal, Sungai Putat, Bukit Katil, Ayer Molek serta beberapa kawasan lain sehingga ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara pada waktu tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, dana bagi bantuan ini adalah dana yang telah berjaya dikumpulkan dalam jangka masa singkat daripada warga UTeM dan juga Alumni universiti ini.

Ujarnya lagi, program ini juga selaras dengan konsep T.U.N.A.I iaitu Technology @ University Advancing Industry and Society dan menyahut semangat slogan “UTeM adalah Melaka, Melaka adalah UTeM” diharapkan dapat membantu masyarakat setempat dan mangsa banjir terbabit.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1438
Kongsi :
Previous post Melaka jangka 109,510 rakyat terima vaksin COVID-19 Jun ini – Rahmad
Next post Kuwait jinakkan Harimau Malayas 4-1
Ubah saiz-+=