60 murid terima sumbangan barangan persekolahan

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

PANTAI KUNDOR 5 Mac. – Tiada lebih menggembirakan 60 murid sekolah kebangsaan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, apabila menerima beg dan alat tulis serta wang tunai RM50.

Sumbangan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan di Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan DUN (JAPERUN) berkenaan, di sini, hari ini.

Nor Azman berkata, walaupun tidak seberapa, sumbangan itu diharap dapat meringankan beban ibu bapa menyediakan peralatan berkenaan untuk anak masing-masing berikutan peningkatan kos peralatan itu sekarang.

Selain itu, ia juga memberi kelegaan kepada ibu bapa yang terkesan akibat pandemik COVID-19 sejak tahun lalu yang mengakibatkan ada antara mereka kehilangan pekerjaan.

“Alhamdulillah, sumbangan ini membuktikan kerajaan tidak pernah mengabaikan nasib golongan B40 untuk menyediakan kemudahan pembelajaran anak masing-masing.

“Saya harap sumbangan ini dimanfaatkan murid dengan belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan utama kelak,” katanya ketika ditemui di dewan itu.

Ibu murid, Latifah Yusof, 41, berkata beliau bersyukur anaknya, Nur Syahirah Razali, 12, dipilih sebagai penerima sumbangan berkenaan.

“Selain Nur Syahirah, ada tiga lagi anak saya yang bersekolah dan ia membebankan saya dan suami, Razali Ibrahim, 50, yang sekadar kerja kampung untuk menyediakan barangan persekolahan yang lengkap.

“Alhamdulillah, sedikit sebanyak sumbangan ini meringankan bebanan kami dan insya-Allah anak saya akan memanfaatkannya untuk berjaya dalam pelajaran,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

570
Kongsi :
Previous post KRIIS gotong-royong bersihkan kediaman pesakit terlantar
Next post Kenya: Bot plastik kitar semula pertama di dunia mulakan pelayaran
Ubah saiz-+=