
Pelajar tingkatan dua tunggang motosikal maut, rakan cedera
KOTA TINGGI, 10 Mei – Seorang pelajar Tingkatan Dua maut manakala rakannya cedera apabila motosikal yang ditunggang mereka dilanggar sebuah kereta ketika memasuki simpang di Kilometer 1.0 Jalan Bandar Penawar-Punggai, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora dalam kenyataan berkata remaja lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Solariz itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berhubung insidenĀ itu pada kira-kira 6.50 petang.
MenurutnyaĀ motosikal mangsa yang dipercayaiĀ dari arah Desaru menuju ke Taman Desaru Utama dirempuh kereta jenis Kia Rio dipandu seorang wanita yang berada di laluan lurus.
āPenunggang motosikal itu dipercayai tidak memakai topi keledar, manakala pembonceng memakainya.
āJenazah mangsa telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan, manakala rakannya yang mengalami kecederaan patah tangan kiri masih mendapat rawatan di hospital sama,ā katanya.
Hussin berkata pemandu wanita berusia 22 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kesĀ disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PERKASA MISI ‘SATU KELUARGA SEBUAH RUMAH’
AYER KEROH 22 Jun - Sejak ditubuhkan lebih dua dekad lalu, Lembaga Perumahan Melaka (LPM) bukan sekadar merancang dan menyelaras...
JELAJAH KETUA MENTERI BERMULA JULAI INI
AYER KEROH 22 Jun - Jelajah Ketua Menteri menjadi satu lagi inisiatif dalam usaha berterusan Kerajaan Negeri menyantuni dan menjaga...
MBMB NAIK TARAF SUNGAI PUNGGUR JADI DESTINASI RIADAH BAHARU
TELOK MAS 22 Jun - Kawasan Sungai Punggur yang terletak berhadapan Medan Ikan Bakar Dā Muara Punggur, Alai akan dinaik...
TAMAN ANJUNG GAPAM KAWASAN PERUMAHAN SELESA, HARMONI – PENDUDUK
BEMBAN 22 Jun - Kawasan kediaman sempurna bukan sekadar dinilai kepada keharmonian penduduk semata-mata, sebaliknya turut menjurus kepada keperluan komuniti...
LEBIH 80 PROGRAM UNTUK ORANG RIM SEMPENA WRUR
RIM 22 Jun - Lebih 80 program melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dilaksanakan sepanjang seminggu berlangsungnya program Wakil Rakyat Untuk Rakyat...
RM1 JUTA LONJAK IMEJ MORTEN WALK
KOTA LAKSAMANA 21 Jun - Morten Walk di Kampung Morten, di sini, bakal berubah wajah menjadi sebuah pusat perniagaan lebih...
