
Bomba terbangkan lima kotak organ ke HKL dari LTAM
MELAKA 18 Okt. – Satu operasi penerbangan ihsan bagi membawa lima kotak organ manusia untuk kegunaan pesakit di Hospital Kuala Lumpur (HKL) digerak menggunakan helikopter Agusta AW189 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam di sini, semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka Abu Bakar Katain berkata, penerbangan itu mengambil masa lebih sejam setelah pesawat berlepas dari LTAM pada 2.36 petang.
“Misi ini menggunakan ambulans udara bertujuan mempercepat penghantaran bagi menyelamatkan nyawa, menjamin integriti organ yang dipindahkan dan menjamin kualiti penghantaran organ,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata ambulans udara itu dikendalikan juruterbang Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hasrizal Kamaruzzaman dan pembantu juruterbang Penolong Kanan Penguasa Bomba Safri Rambli dari Pangkalan Udara JBPM Subang.
Views:
Related

Berita Lain
TVET LAHIR PENCIPTA TEKNOLOGI MESRA ALAM
AYER KEROH 2 Oktober - Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan sekadar melahirkan tenaga mahir dalam pengendalian mesin...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
PEMERGIAN TUN SITI HASMAH KEHILANGAN BESAR BUAT NEGARA – AB RAUF
AYER KEROH 28 September - Pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali disifatkan sebagai kehilangan besar buat negara, khususnya atas...
‘ELEMEN VERNAKULAR WAJAR JADI KOMPONEN SAHAJA, BUKAN SEKOLAH’
AYER KEROH 26 September - Sekolah vernakular tidak sepatutnya wujud dalam bentuk sekolah berasingan sebaliknya elemen vernakular hanya perlu dikekalkan...
CADANG SATU RUMAH, SATU PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI
AYER KEROH 26 September - Satu rumah, satu Perlembagaan Persekutuan dan negeri perlu dijadikan amalan setiap keluarga bagi meningkatkan kefahaman...

